Thursday 22 December 2011

Berapa Lama Harus Aku Bertahan

Hari berganti hari..
Bulan berganti bulan..
Tahun berganti tahun..

Selama mana lagi harus ku bertahan..
Memendam sebuah kedukaan yang kadangkala tak mampu untuk aku tanggung..
Selama mana lagi harus aku menafikan..
segala kenyataan yang sememangnya nyata..
Selama mana lagi harus aku menipu...diri ini..
Selama mana lagi harus aku berpura-pura..
Selama mana lagi harus aku aniaya hati ini..
Selama mana lagi harus aku terima bebanan ni

Bila Pasrah Mengetuk Hati..

Setahun sudah hampir berlalu.... andai ku ingati lewat peristiwa itu,
mata ini berkaca lagi... sayu hati ini mengenangkan... tak pernah aku sangka.. dia mampu ..
mempermainkan keikhlasan diri ini menerimanya sebagai seorang sahabat...
hancur berderai sebuah kepercayaan.. x mampu dicantum semula...

Sehingga saat ini, aku masih mengutip sisa-sisa yang ada untuk aku bina semula kepercayaan itu,
Umpama bermimpi, aku masih cuba untuk menerima kenyataan..
Aku  masih cuba untuk memaafkan..namun... jenuh ku pujuk hati ini untuk menerima segalanya..
Namun si hati masih merajuk... lama benar rajuknya..

Dengan alasan ingin melupakan segala kepahitan...
Aku cuba kutip semula serpihan keyakinan..
Aku cuba menerima semua kebaikan yang mendatang..
Aku cuba menerima kenyataan.. dia bukan sahabat aku lagi walau sebesar zarah..
dan sebagai manusia...yang juga hamba... aku cuba pasrah bahawa aku telah dianiaya....


Wednesday 9 November 2011

Ada secebis gelisah yang sedang menular di hati ini
Gelisah tentang keadaan sekeliling
Sejauh mana kemampuan untuk menangkis segala yang mendatang
Selama mana mampu aku bertahan

Fitrah manusia ... aku harus menanti andai ada sekelumit cahaya itu...
Tapi jika cahaya itu bukan untuk aku... aku harus redha..
Aku harus menanti lagi..sehingga cahaya itu ditakdirkan untuk aku...
Aku berjanji...pada diriku sendiri..
Sehingga nafas aku yg terakhir.. aku tetap akan menanti...

Seandainya setiap cahaya yang mendatang bukan untukku...
Aku berharap ada cahaya untukku di sana nanti....

Monday 3 October 2011

Penantian....

Berapa lama harus ku menanti..
Berapa lama harus ku tunggu..
Berapa lama harus ku mencuba..
Berapa lama harus ku menahan ..

Penantian itu satu seksa
Penantian membuatkan aku lara..
Penantian itu memberi aku seribu tanda tanya
Penantian itu sering memeningkan kepala..

Seluas mana lautan hatimu harus ku belayar untuk mencari jawapan..
Sedalam manakah harus ku teroka hutan hatimu untuk ku temukan kepastian..
Setinggi mana perlu ku daki gunung hatimu untuk ku tahu siapa yang bertakhta di puncaknya..
Sejauh mana harus ku berlari di padang hatimu untuk ku sampai ke penamatnya..

Friday 30 September 2011

Semakin Suntuk.... Masa..

Setiap hari yang berlalu membuatkan kita semakin suntuk dengan masa... semakin singkat waktu untuk kita berbuat apa-apa yang terancang di fikiran...
Apakah semua rancangan itu penting ???.. YA ..amat penting..demi sebuah kehidupan yang hanya sekali.. tiada peluang kedua.

Jadi harus bagaimana rencana yang terancang itu boleh dilakukan tanpa mengagalkannya walaupun satu ???... Allah SWT telah berfirman ..

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Surah Al- Asr (103)

Masa berlalu tanpa mempedulikan kita..tanpa simpati ..tanpa belas kasihan.. tanpa mendengar sebarang rayuan.. Tetapi kita masih belum terlambat jika ingin melakukan sesuatu...perlu mengejar masa..

Aku ... telah membiarkan masa berlalu dan kesempatan itu dipergunakan oleh seseorang untuk memintas aku... Malang sungguh buat diri ini.. dan kini... aku perlukan masa untuk membentuk kembali diri ini atau merubah menjadi seorang insan yang KEJAM seperti MASA.. tidak ada simpati..tidak akan memberi belas kasihan dan tidak akan mendengar apa jua rayuan... demi kehidupan yang hanya SEKALI ini TIADA PELUANG KEDUA....

Friday 16 September 2011

Selembut tutur bicara .... Sesuci itukah hatinya?....

Wajahnya mungkin dilihat manis...tutur katanya mungkin gemersik di telinga.. tetapi sejauh mana jujur dan ikhlas hatinya...
Itu yang menjadi ukur tanda dalam aku menilai seseorang untuk aku jadikan sebagai sahabat. Bukan kekayaan.. bukan kecantikan.. bukan kemegahan yang aku cari.
Tetapi sebuah kejujuran dan keikhlasan dalam satu hubungan..

Apa yang telah berlaku menjadikan aku sebagai seorang yang lebih berhati-hati..bukan cerewet..sekadar cuba untuk menjaga hati ini yang pernah kecewa dalam satu persahabatan..Madu yang ku beri berbalas racun yang hampir membunuh semangat diri ini.

Bagi seorang manusia yang bernama seperti aku.. setiap persahabatan yang aku beri dan terima tanpa syarat...kerana aku telah berikan sebuah kejujuran dan keikhlasan dan aku inginkan hubungan itu berpanjangan ke akhir hayat...

Pengkhianatan atas sebuah kejujuran yang telah aku berikan  itu tak mampu untuk aku lupakan.. andai ada tangan yang dihulur tanda kemaafan .. aku tak mampu untuk membalasnya... sampai bila ?.... aku sendiri tak pasti....

Thursday 18 August 2011

Indahnya....Andai itulah C.I.N.T.A ....

Sungguh indah .. andai itu yang dinamakan CINTA. Hati sentiasa bahagia, wajah sentiasa dipenuhi senyuman. Tidur yang sentiasa lena... Dunia seakannya aman...

Tapi .. benarkah ini CINTA. Atau masih mainan perasaan sendiri yang dibohongi demi melupakan sesuatu kepahitan..Pembohongan yang direlakan oleh hati .. demi untuk mengubat hati yang luka.. luka yang perlukan masa yang agak lama untuk diubati.

Hati ini masih lagi mencari-cari kebenarannya. Andai itu hanya mainan perasaan.. dia dikecewakan lagi.. Kesian hati... sentiasa kecewa dan dikecewakan... Mampukah dia untuk bertahan.. menerima apa sahaja yang mendatang dalam pencarian satu kebenaran yang mampu menenangkan...

Dia sudah mula menghitung hari untuk kebahagiaan yang pastinya akan mendatang.. Aku?? Masih mencari .. mencari satu kepastian yang belum pasti bakal menemukan aku dengan kebahagiaan.. aku juga yang tertinggal di belakang. Cuba menerima.. kesayanganku diambil orang.. seribu kali sayang..

Menyelusuri sebuah kehidupan... penuh dugaan.. adakala duka.. adakala gembira... adakala terluka..adakala tak menyangka..adakala sengsara...andai hati ini dikeluarkan dari tempatnya.. pasti penuh dengan luka dan parut yang pastinya akan kekal sehingga nafas terakhir diri ini..

Bertemu dan berpisah itu satu adat kehidupan.. namun andai bertemu tetapi disambar orang lain tanpa kerelaan itu satu yang sadis... tapi itu satu kenyataan dalam hidup yang takkan dihadapi oleh semua orang.. mungkin aku antara orang yang bertuah untuk merasai nikmat kesakitan itu...

Monday 1 August 2011

Susahnya kalau tak cantik....



"Susahnya kalau tak cantik"....
Kita sering mendengar keluhan sebegini pada anak- anak gadis yang mengharapkan sebuah hubungan cinta. Sudi pada yang tak sudi.... tapi apa kan daya ... bila kecantikan diletakkan pada tangga pertama dalam menilai seseorang untuk dijadikan teman....mungkin teman hidup...

Mengapa sering terjadi kisah-kisah begini?... Di manakah silapnya?... Nak salahkan baka dari ibu dan ayah kita?...

Bertuahnya pada yang memiliki kecantikan....tak payah nak mencari cinta... tetapi cinta itu akan datang sendiri padanya... tapi bagaimana dengan yang kurang cantiknya... perlu berusaha yang bagaimana untuk mendapatkan cintanya???

Perlu tukar rupa?.. tukar gaya?.. Apa sebenarnya yang perlu dilakukan?... atau perlu guna ilmu hitam untuk kelihatan cantik?.. jampi serapah?... susuk?...

Penat memikirkan kehendak orang .. sedangkan kehendak sendiri tidak dapat ditunaikan... Serendah mana diri ini perlu diletakkan untuk menjadi cantik???

Keikhlasan yang diberikan nyatanya belum cukup untuk menjadikan diri cantik... kesungguhan menerima seadanya belum mampu mencantikkan penerimanya...janji yang dilafaz..belum cukup untuk memberi kecantikan padanya....

Akhirnya... sebagai seorang Muslim.... kita sebagai hambaNya.. perlu menerima qada' dan qadar yang telah Dia tentukan.... sejauh mana kita merayu ..sedalam mana kita mencintai... setulus mana pun kita menerima dia... seikhlas mana pun janji dipatri... sesedih mana kita kecewa... andai dia ditetapkan bukan untuk kita... kita perlu menerimanya... biarpun sehingga nyawa berpisah dari jasandnya....ITU SATU HAKIKAT...

Wednesday 13 July 2011

Aku Harus Terima ....

Hati ini ku buka kembali pintunya..
Untuk menerima kehadiran bagi yang sudi..
Untuk cuba menyemai kembali benih pepohon kasih
Agar ia subur dan rendang semula

Aku meminta pada yang sudi memberi
Aku merayu pada yang sudi mendengar
Aku menanti pada yang sedang mencari
Aku merindu pada yang sudi merinduku

Namun ...
Adakah dia sudi memberi apa yang aku pinta
Adakah dia sudi mendengar rayuku
Adakah dia sudi menerimaku
Adakah dia sudi merinduku

Aku telah mula merindu...
Tiada siapa yang tahu rindu yang mencengkam di hati ini
Tapi... berbaloikah aku merindu?
Dalam kesamaran kepastian...

Dia di sana dan aku di sini masih menanti
Menanti satu jawapan... yang tak pasti...
Wahai bayu... tolong sampaikan padanya
Aku di sini masih di sini dan setia menanti...

Andai jawapanya pasti.. akan aku pastikan hati ini tetap untuknya
Andai aku perlu mengundur diri .. akan aku pastikan diri ini berlalu..
Tanpa dia menyedari ... bahawa diri ini sudah pergi....
PadaMu Tuhanku.. aku serahkan diri ini.. tolong bantuku untuk tabahkan diri ini sekali..

Saturday 9 July 2011

Bermula Kembali Langkah Pertama .....

Seperti seorang kanak-kanak
Aku terpaksa memulakan kembali langkahku..
Langkah untuk masa depan yang lebih bahagia dan lebih sirnanya..
Cuba menerima dan mencuba untuk diterima..

Menilai kembali kelebihan dan kekurangan diri
Cuba untuk menyesuaikan diri dengan satu persekitaran baru
Mencuci dan membersihkan benak ini
Dari segala kekusutan yang tidak dapat dirungkaikan..

Dengan sedikit kekuatan.. aku cuba menerima
Dengan harapan hati ini kembali berbunga
Sudah lama ia mati.... mati tanpa kerelaan
Dan ia ingin hidup kembali
Berseri semula disinari sirna mentari.. bukan suria

Bagiku hanya mentari yang mampu menyinarkan kembali diri ini...
Suria... tiada maknanya..walaupun ia mencuba...
Sinarnya telah padam dan tak mungkin akan kembali bersinar...
Padam bagi diri ini... tiada jalan kembali

Monday 4 July 2011

Mungkinkah ia hanya dongeng semata-mata...

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Sememangnya betul seperti bait-bait lirik lagu ini... ia mungkin hanya satu kisah dongeng saja... Mengapa perlu ada satu standard untuk menilai satu ciptaan atau kurniaan Tuhan.. salahkah yang kurang rupa, yang kurang kecantikan.. yang kurang hartanya tetapi kaya budi pekerti, kaya keikhlasan hati, kaya kejujurannya untuk mendambakan sebuah kehidupan yang lebih bahagia.. satu diskriminasi yang sememangnya tidak patut..

Mengapa kekayaan dalaman seseorang tidak diambilkira untuk membina sebuah kehidupan yang lebih bahagia..itulah hukuman yang dunia berikan kepada kita... dilonggokkan segala keindahan dan kecantikan sementara yang bakal menjahanam kita di akhirat kelak... mengikut kehendak dunia.. gajah menjadi merak.. yang hodoh tiba2 jadi bidadari... semuanya demi dunia yang tak pasti bila akan berakhir...

mengapa kita tidak cuba untuk memberi kesempurnaan kepada seseorang dengan melihatnya sebagai seorang yang sempurna?.. apakah nilai kesempurnaan sebenarnya?.. seperti Snow White.. seperti Cinderella? atau seperti Puteri Gunung Ledang? yang kita pasti tak pernah melihat langsung wajah-wajah sebenar mereka.. hanya diceritakan dari dulu kala dan dihidangkan di televisyen..

Saya tinggalkan entri kali dengan persoalan... apakah kesempurnaan sebenarnya??

Tuesday 21 June 2011

Sedihnya hati ini bila kehilangan....

Dia umpama anak kecil
Bila kali pertama dia datang padaku
Ku cuba menjadikan diri ini
Sebagai seorang sahabat yang terbaik
Namun kerana dia aku menangis
Kerana dia aku rasa tersisih
Kerana dia aku merintih
Kerana dia... aku hampir hilang segalanya..
Demi memujuk hati ini
Demi maruah diri ini
Demi perasaan yang sedetik lagi bakal hilang kewarasan
Aku terpaksa membuat keputusan
Kata maaf telah diucapkan..
Namun hati ini tidak mampu melafazkan kemaafan
Kerana terluka yang amat dalam..
Kerana rasa hina dipermainkan
Namun sebagai hamba yang ada dosa..
Akan aku cuba melafazkan maaf dari hati ini
Kerana aku tidak lagi ingin menambah dosaku...
Cukuplah dipermainkan dan dihina...

Dah menjadi sejarah dalam hidup ini.... walaupun pernah menjadi kesayangan.. takkan mungkin kembali... walaupun di hati atau dalam hidup.... tak mungkin akan terkenang atau pun teringat... amat perit kerana terpaksa memutuskan satu hubungan persahabatan..... namun demi maruah yang ada... aku terpaksa... satu penghinaan yang aku terima cukup untuk aku putuskan bahawa hubungan aku sekadar demi tugas yang dipertanggungjawabkan...
Kejamkah aku?...salahkah aku?... sampainya hatiku?... Aku kejam bukan kerana aku jahat..tapi demi sebuah maruah diri yang tak mungkin dijual beli.. aku redha kalau aku ini kejam... satu-satunya benda yang aku ada... yang perlu aku jaga.. tetapi dijaja.. dimalukan.... masih kejamkah aku?... masih salahkah aku?...

Aku diam dengan harapan orang akan faham yang aku tidak mahu diganggu dan ketenangan aku tidak dikacau... tapi diamku umpama memberi peluang kepada orang untuk diriku dipermainkan.... Andai kata.. maruah aku akan kembali dengan terpaksa aku putuskan satu hubungan... aku rela..... terpaksa rela....

Monday 30 May 2011

Setenang air di tasik itu ... mampukah hati ini setenang itu?



Jauh di sudut hati ini... aku inginkan hati ku setenang air di tasik... tanpa kocakan .. tanpa ombak... tanpa sebarang gangguan... hanya dialun oleh renangan ikan yang kadang kala menjengah ke permukaan...
hmmm... kenyataannya... hati ini tak mampu setenang itu... walaupun mungkin ... mungkin hanya di permukaan... tetapi di dasarnya... ribut atau taufan sedang menganas tanpa mampu ku halang.. walaupun mencuba....

hati ini pernah tenang suatu waktu dulu...namun desakan perasaan dan keinginan yang menjadikan aku sebegini... salahkah aku?...

menyayangi tetapi tidak disayangi... mencintai tetapi tidak dicintai.. mengasihi tetapi tidak dikasihi... merindu tetapi tidak dirindui....

aku bukan manusia yang kuat hatinya... cuma cuba untuk kuat di hadapan orang... sebaliknya.... aku lah manusia yang paling lemah dan derita...
cuba untuk mencari kekuatan yang mampu membangunkan aku semula.. supaya aku mampu berjalan kembali dan kemudian berlari... mampukah aku?...

Di saat aku lumpuh dari semua segi.... kewarasan sebagai manusia... kekentalan jiwa.. dan kekuatan fizikal.... benar... aku hanya kuat di luarannya sahaja... hanya Tuhan sahaja yang mengerti keadaan aku.. tiada siapa mampu untuk mengerti keadaan diri ini...

Betapa aku penat menghadapi dugaan ini.. walaupun kecik.. namun aku perlu hadapinya... jika aku kalah... aku bukan hamba yang kuat... betulkan??..

Ya Allah Ya Tuhanku... aku cuba hadapi dugaanMu ini dengan seluruh kekuatan yang aku ada... Bantulah aku... tenangkan jiwaku ini setenang air di tasik itu... agar aku mampu menghadapinya.. Amin....

Buat kawan-kawanku ... ku  mohon sokongan kalian.... bantulah kawanmu ini .....

Wednesday 25 May 2011

Akhirnya... aku cuba pasrah


Akhirnya setelah agak lama cuba mencuci hati ini dari semua kekotoran .. aku berjaya juga menjadi seorang yang pasrah... walaupun hakikatnya... cukup derita, seksa dan sengsara.. Bukan senang untuk membuang rasa yang bersarang dan berakar di hati.. rasa SAYANG pada seseorang..

Rupanya bukan senang nak lupakan orang... hihihi... penat.. perlukan kekuatan dalaman yang tinggi.. nasib baik la diri ini bukan yang cepat melatah.. cuma cinta dalam hati... mcm tajuk lagu kumpulan UNGU..

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

memendam rasa di hati hanya sendiri mengetahui ... merenung tanpa kata.. tetapi hati ingin berbicara namun .. bibir ini kelu sentiasa ...

Thursday 19 May 2011

Apa itu kawan???


Pernah dikhianati kawan?.. Mesti sakitkan hati.. kita anggapkan kawan adalah pendamping paling dekat dengan kita selain ahli keluarga.. malah kadang kadang tu ada sampai dah jadi macam adik beradik...

Apa perasaan anda bila seseorang yang dianggap kawan menjauhi anda disebabkan soal hati... menyayangi orang yang anda sayangi... anda ceritakan semua berkenaan orang kesayangan anda... perasaan anda pada orang tu.. kongsi semuanya tanpa ada rahsia... Tetapi masa dan keadaan merubah segalanya..

Tiba-tiba kawan anda mula menjauhi anda... Tidak bercakap... tidak kisah keadaan anda... makan minum anda pun sudah tidak dipedulikan... Mesti sedihkan....
Kalau dulu .. semua pasal anda diambil peduli, anda sarapan atau tidak .. kawan anda akan tanya... dah makan atau belum .. mesti ditanya...

Salah dia kah menyayangi orang yang anda sayangi?.. Bagi saya soal hati susah untuk dimengerti.. jodoh adalah ketentuan Yang Satu... Andai telah ditakdirkan mereka bersama... Jodoh mereka Dia telah tentukan.. Di pihak kita sebagai KAWAN... doakan sahaja agar mereka bahagia ke akhir hayat... dan dia mungkin bukan KAWAN saya lagi.... Bukan membenci kawan.. cuba terkilan... pengertian maksud kawan disalahertikan...bukan kecewa.. cuma mengapa tidak berterus terang...

Sebagai bukan orang yang terpilih.. saya sedar.. kekurangan diri ini dan dia bukan untukku... tetapi kenapa disembunyikan.... luluh hati ini.... walaupun disembunyikan.. angin tetap bertiup dan berbisik di telinga ini....
Dan saat itu bukan kecewa kerana tidak menjadi pilihan .. tetapi kenapa aku yang menganggap dan dianggap kawan ... dikhianati...



Friday 6 May 2011

Andai itu takdirnya...

Assalamualaikum..... Tajuk ari ni .. "Andai itu takdirnya".. Kita sering salahkan takdir bila sesuatu yang kurang elok berlaku dalam hidup kita kan.... Tapi kalau yang berlaku tu sememangnya elok, baik dan menepati kehendak kita... kita terima takdirnya....

Saya tertanya-tanya bagi seorang lelaki atau wanita yang belum berteman hidup... adakah dia menyalahkan takdir atau berserah pada takdir... satu kemusykilan .. atau sememangnya mereka tidak mahu berteman hidup...

Kalau ditanya soal hati... biarlah keadaan, takdir dan masa yang tentu.. mungkin ada sesuatu keajaiban yang bakal berlaku.. sebagai seorang manusia... soal hati terlalu berat untuk dibicarakan... sebab kita boleh suka dan kasih kepada sesiapa tanpa kita paksa.... ia lahir secara sendiri... tetapi kita akan sengsara kalau kasih itu tidak dipedulikan... tiada balasan walaupun segunung keikhlasan diberikan... Betul tak????.
Tapi apa yang kita telah usahakan untuk membuktikan keikhlasan kita tentang perasaan yang lahir dari hati ini???.. Jangan kita salahkan takdir andai kita tidak mengusahakan apa-apa untuk luahkan perasaan di hati. Jangan pula salahkan diri sendiri andai kita gagal untuk meluahkan rasa hati kita ... Cuba kita fikirkan semula... seperti yang saya katakan tadi... soal hati susah untuk dimengertikan... kita boleh sayang, suka, kasih kepada sesiapa saja... tanpa paksa...... cuma jangan terlalu sayang, suka atau kasih pada seseorang... kelak kita merana... menangis sendiri.. luka sendiri... sakit sendiri... sengsara ...

Wednesday 4 May 2011

Bulan Itu Cantik.......


Assalamualaikum ... Baru pertama kali nak berjinak-jinak dengan blog ni... Sebenarnya .. nak cari satu medium untuk hilangkan tekanan... biasa la.. tekanan di pejabat... tekanan dengan orang pejabat... peralatan pejabat.... masalah pejabat....

Pernah renung bulan mengambang?.... Cantikkan bila bulan mengambang.... sangat cantik... bila dikelilingi bintang.. patut la pungguk rindukan bulan.. sebab bulan cantik.. tapi bulan kan jauuuuhhhhhhhh... jauh sangat... tak tergapai....

Kesian pungguk.. merindu tanpa kata.. mengharapkan dia akan turun dan menemaninya..... saya tinggalkan nukilan hari ini... anda pernah rindukan seseorang seperti pungguk rindukan bulan???? .....