Thursday 22 December 2011

Bila Pasrah Mengetuk Hati..

Setahun sudah hampir berlalu.... andai ku ingati lewat peristiwa itu,
mata ini berkaca lagi... sayu hati ini mengenangkan... tak pernah aku sangka.. dia mampu ..
mempermainkan keikhlasan diri ini menerimanya sebagai seorang sahabat...
hancur berderai sebuah kepercayaan.. x mampu dicantum semula...

Sehingga saat ini, aku masih mengutip sisa-sisa yang ada untuk aku bina semula kepercayaan itu,
Umpama bermimpi, aku masih cuba untuk menerima kenyataan..
Aku  masih cuba untuk memaafkan..namun... jenuh ku pujuk hati ini untuk menerima segalanya..
Namun si hati masih merajuk... lama benar rajuknya..

Dengan alasan ingin melupakan segala kepahitan...
Aku cuba kutip semula serpihan keyakinan..
Aku cuba menerima semua kebaikan yang mendatang..
Aku cuba menerima kenyataan.. dia bukan sahabat aku lagi walau sebesar zarah..
dan sebagai manusia...yang juga hamba... aku cuba pasrah bahawa aku telah dianiaya....


No comments:

Post a Comment