Tuesday 21 June 2011

Sedihnya hati ini bila kehilangan....

Dia umpama anak kecil
Bila kali pertama dia datang padaku
Ku cuba menjadikan diri ini
Sebagai seorang sahabat yang terbaik
Namun kerana dia aku menangis
Kerana dia aku rasa tersisih
Kerana dia aku merintih
Kerana dia... aku hampir hilang segalanya..
Demi memujuk hati ini
Demi maruah diri ini
Demi perasaan yang sedetik lagi bakal hilang kewarasan
Aku terpaksa membuat keputusan
Kata maaf telah diucapkan..
Namun hati ini tidak mampu melafazkan kemaafan
Kerana terluka yang amat dalam..
Kerana rasa hina dipermainkan
Namun sebagai hamba yang ada dosa..
Akan aku cuba melafazkan maaf dari hati ini
Kerana aku tidak lagi ingin menambah dosaku...
Cukuplah dipermainkan dan dihina...

Dah menjadi sejarah dalam hidup ini.... walaupun pernah menjadi kesayangan.. takkan mungkin kembali... walaupun di hati atau dalam hidup.... tak mungkin akan terkenang atau pun teringat... amat perit kerana terpaksa memutuskan satu hubungan persahabatan..... namun demi maruah yang ada... aku terpaksa... satu penghinaan yang aku terima cukup untuk aku putuskan bahawa hubungan aku sekadar demi tugas yang dipertanggungjawabkan...
Kejamkah aku?...salahkah aku?... sampainya hatiku?... Aku kejam bukan kerana aku jahat..tapi demi sebuah maruah diri yang tak mungkin dijual beli.. aku redha kalau aku ini kejam... satu-satunya benda yang aku ada... yang perlu aku jaga.. tetapi dijaja.. dimalukan.... masih kejamkah aku?... masih salahkah aku?...

Aku diam dengan harapan orang akan faham yang aku tidak mahu diganggu dan ketenangan aku tidak dikacau... tapi diamku umpama memberi peluang kepada orang untuk diriku dipermainkan.... Andai kata.. maruah aku akan kembali dengan terpaksa aku putuskan satu hubungan... aku rela..... terpaksa rela....