Monday 28 January 2013

Ku Mohon Kepastian

Buat dambaan hati...
Aku di sini tetap menanti..walaupun belum pasti
Aku masih berharap agar kau berada di sisi
Menemaniku tatkala rawan mendatang
Menemaniku bilamana jiwa ini keresahan
Pemberi semangatku tatkala ia hilang
Penyejuk hatiku tatkala ia kerunsingan..

Bilakah semua ini akan nyata..
Agar aku tidak perlu bertanya
Agar aku tidak perlu menanti
Ku mohon kepastian...

Kehidupan..Yang perlu diteruskan

Dalam meniti sebuah kehidupan...ada yang tersurat dan tersirat..
Kadangkala ada kejutan yang menghadiahkan senyuman dan kadangkala tangisan..
Namun sebarang kemungkinan yang mendatang perlu ditempuh dengan apa jua keadaan..
Hanya berbekalkan satu harapan ..ada sinar di sebalik kegelapan...hidup perlu diteruskan..

Wednesday 31 October 2012

Meniti hari di daerah sepi
Aku dambakan kehadiranmu
Namun .. pasti kau tiada di sisi
Keranan takdirmu... engkau telah dimiliki

Wednesday 24 October 2012

Rindu ini .....

Ke mana sahaja aku pergi,
Dia tetap mengekori,
Walau berkali ku jauhi,
Dia kian menghampiri
Sudah berkali ku cuba padamkan
Namun dia tetap setia di situ

Mengalir deras air mata ini
Tatkala terkenangkanmu
Terganggu ketenangan hati ini
Bila mana mengingatimu
Huru hara hidupku ini
Andai mata ini tidak dapat mencarimu

Untuk siapa rindu ini
Sedangkan dia tidak mengerti
Berbaloikah rindu ini
Andai dia tidak mengetahui
Sampai bila harus ku nanti
Untuk dia memahami
Hatiku ini sudah dia miliki...




Sunday 23 September 2012

Andai ku mampu tersenyum

Hanya dengan senyuman..
Kita mampu menutup segala kesedihan
Hanya dengan senyuman
Tiada siapa yang mampu meneka
Hanya dengan senyuman
Segala kesedihan hilang

Sungguh aku tak mampu untuk tersenyum
Andai hati ini penuh dengan kesengsaraan
Andai jiwa ini dahagakan ketenangan
Andai rasa ini dalam kesedihan

Alangkah indahnya sebuah senyuman
Andai hati ini penuh bahagia
Andai jiwa ini beroleh ketenangan
Andai rasa ini dalam kegembiraan

Thursday 30 August 2012

Jodoh .... Itu rahsia Dia yang Maha Esa

Jodoh .... tak semua jejaka dan perawan yang mampu merasainya..
Sayu hati ini tatkala melihat pasangang yang sedang melayari kebahagiaan
Berpegangan tangan, bergurau senda ... bertuahnya mereka...
Terdetik dihati ini .. mampukah aku untuk merasai saat-saat yang sebegitu.

Hari-hari semakin berlalu, jam berdetik setiap waktu...semakin suntuk
Menghitung selama mana lagi aku mampu bertahan ...
Kadang kala ku salahkan takdir..kadang kala ku salahkan diri sendiri
Mencari kekurangan diri ini yang belum sempurna...

Atau ini semata ujian untukku dariNya
Mampukah aku mencari jodohku di saat-saat ini
Aku bukan Siti Nurhaliza, mahupun Erra Fazira
Hanya manusia biasa yang tak punya apa-apa

Hanya ada sekeping hati, sebuah keikhlasan dan kejujuran
Untuk dipersembahkan bukannya kecantikan
Kerana kecantikan itu bukan milikku

Mengharapkan satu kebahagiaan yang pasti
Walaupun hanya kesamaran
Mencari dia yang entah di mana
Walaupun yang mendatang kekadang pasti
Namun masih belum ada yang nyata
Pengharapan juga akhirnya..

Thursday 2 August 2012

Dia .... Yang Pernah Bertakhta

Dia ... insan yang pernah bertakhta di hati ini
Dia ... insan yang pernah mengetuk pintu hati ini
Dia ... insan yang pernah menjadi dambaan hati ini
Dia ... insan yang pernah mengocak ketenangan hati ini
Dia ... insan yang pernah ku pilih
Dia ... insan yang pernah muncul dalam mimpiku
Dia ... insan yang pernah ku hajati
Dia ... insan yang pernah ku nanti setiap hari

Namun segalanya telah berakhir

Dia ... bukan lagi raja di hati ini
Dia ... bukan lagi dambaan hati ini
Dia ... bukan lagi pilihanku
Dia ... bukan lagi ku impi
Dia ... bukan lagi ku hajati
Dia ... bukan lagi ku nanti

Kerana takdir dan waktu bukan untuk aku dan dia....

Dia ... telah dimiliki dan memiliki
Dia ... telah memilih dan dipilih
Dia ... telah bertemu dan ditemui
Dia ... telah berteman dan ditemani

Akan aku jelajahi daratan yang luas,
Akan  aku renangi lautan yang lepas,
Akan aku redahi langit yang bebas,
Demi mencari seorang Dia
Untuk ku jadikan teman
Untukku jadikan kawan
Untukku jadikan penghilang rawan
Untukku jadikan penyembuh luka
Walaupun semua itu masih dalam kesamaran....