Thursday 30 August 2012

Jodoh .... Itu rahsia Dia yang Maha Esa

Jodoh .... tak semua jejaka dan perawan yang mampu merasainya..
Sayu hati ini tatkala melihat pasangang yang sedang melayari kebahagiaan
Berpegangan tangan, bergurau senda ... bertuahnya mereka...
Terdetik dihati ini .. mampukah aku untuk merasai saat-saat yang sebegitu.

Hari-hari semakin berlalu, jam berdetik setiap waktu...semakin suntuk
Menghitung selama mana lagi aku mampu bertahan ...
Kadang kala ku salahkan takdir..kadang kala ku salahkan diri sendiri
Mencari kekurangan diri ini yang belum sempurna...

Atau ini semata ujian untukku dariNya
Mampukah aku mencari jodohku di saat-saat ini
Aku bukan Siti Nurhaliza, mahupun Erra Fazira
Hanya manusia biasa yang tak punya apa-apa

Hanya ada sekeping hati, sebuah keikhlasan dan kejujuran
Untuk dipersembahkan bukannya kecantikan
Kerana kecantikan itu bukan milikku

Mengharapkan satu kebahagiaan yang pasti
Walaupun hanya kesamaran
Mencari dia yang entah di mana
Walaupun yang mendatang kekadang pasti
Namun masih belum ada yang nyata
Pengharapan juga akhirnya..

Thursday 2 August 2012

Dia .... Yang Pernah Bertakhta

Dia ... insan yang pernah bertakhta di hati ini
Dia ... insan yang pernah mengetuk pintu hati ini
Dia ... insan yang pernah menjadi dambaan hati ini
Dia ... insan yang pernah mengocak ketenangan hati ini
Dia ... insan yang pernah ku pilih
Dia ... insan yang pernah muncul dalam mimpiku
Dia ... insan yang pernah ku hajati
Dia ... insan yang pernah ku nanti setiap hari

Namun segalanya telah berakhir

Dia ... bukan lagi raja di hati ini
Dia ... bukan lagi dambaan hati ini
Dia ... bukan lagi pilihanku
Dia ... bukan lagi ku impi
Dia ... bukan lagi ku hajati
Dia ... bukan lagi ku nanti

Kerana takdir dan waktu bukan untuk aku dan dia....

Dia ... telah dimiliki dan memiliki
Dia ... telah memilih dan dipilih
Dia ... telah bertemu dan ditemui
Dia ... telah berteman dan ditemani

Akan aku jelajahi daratan yang luas,
Akan  aku renangi lautan yang lepas,
Akan aku redahi langit yang bebas,
Demi mencari seorang Dia
Untuk ku jadikan teman
Untukku jadikan kawan
Untukku jadikan penghilang rawan
Untukku jadikan penyembuh luka
Walaupun semua itu masih dalam kesamaran....

Andai esok masih untukku ..

Dunia seakan terhenti bila perkhabaran itu singgah di cuping telingaku
Itu kisah setahun yang lalu,
Namun kepedihan dek luka yang terhiris masih lagi ku rasai
Bukan semakin kering malah lukanya semakin dalam

Ku cuba untuk sembuhkan
Namun semakin ku cuba, semakin dalam lukanya
Tapi aku harus terus mencuba
Walau apa pun rintangannya

Aku masih cuba mencari ruang di hati ini
Yang masih subur
Untuk ku semai benih kehidupan yang masih bersisa
Walaupun dunia seakan tiada makna buatku
Aku perlu tabah mengharunginya

Cuba untuk mencari sekelumit cahaya kebahagiaan
Cuba untuk menghargai kehidupan yang mendatang
Cuba untuk meraih kembali kembali sekeping hati yang kian hilang
Andai esok masih untukku..aku akan terus mencuba..