Thursday 18 August 2011

Indahnya....Andai itulah C.I.N.T.A ....

Sungguh indah .. andai itu yang dinamakan CINTA. Hati sentiasa bahagia, wajah sentiasa dipenuhi senyuman. Tidur yang sentiasa lena... Dunia seakannya aman...

Tapi .. benarkah ini CINTA. Atau masih mainan perasaan sendiri yang dibohongi demi melupakan sesuatu kepahitan..Pembohongan yang direlakan oleh hati .. demi untuk mengubat hati yang luka.. luka yang perlukan masa yang agak lama untuk diubati.

Hati ini masih lagi mencari-cari kebenarannya. Andai itu hanya mainan perasaan.. dia dikecewakan lagi.. Kesian hati... sentiasa kecewa dan dikecewakan... Mampukah dia untuk bertahan.. menerima apa sahaja yang mendatang dalam pencarian satu kebenaran yang mampu menenangkan...

Dia sudah mula menghitung hari untuk kebahagiaan yang pastinya akan mendatang.. Aku?? Masih mencari .. mencari satu kepastian yang belum pasti bakal menemukan aku dengan kebahagiaan.. aku juga yang tertinggal di belakang. Cuba menerima.. kesayanganku diambil orang.. seribu kali sayang..

Menyelusuri sebuah kehidupan... penuh dugaan.. adakala duka.. adakala gembira... adakala terluka..adakala tak menyangka..adakala sengsara...andai hati ini dikeluarkan dari tempatnya.. pasti penuh dengan luka dan parut yang pastinya akan kekal sehingga nafas terakhir diri ini..

Bertemu dan berpisah itu satu adat kehidupan.. namun andai bertemu tetapi disambar orang lain tanpa kerelaan itu satu yang sadis... tapi itu satu kenyataan dalam hidup yang takkan dihadapi oleh semua orang.. mungkin aku antara orang yang bertuah untuk merasai nikmat kesakitan itu...

No comments:

Post a Comment