Wednesday 13 July 2011

Aku Harus Terima ....

Hati ini ku buka kembali pintunya..
Untuk menerima kehadiran bagi yang sudi..
Untuk cuba menyemai kembali benih pepohon kasih
Agar ia subur dan rendang semula

Aku meminta pada yang sudi memberi
Aku merayu pada yang sudi mendengar
Aku menanti pada yang sedang mencari
Aku merindu pada yang sudi merinduku

Namun ...
Adakah dia sudi memberi apa yang aku pinta
Adakah dia sudi mendengar rayuku
Adakah dia sudi menerimaku
Adakah dia sudi merinduku

Aku telah mula merindu...
Tiada siapa yang tahu rindu yang mencengkam di hati ini
Tapi... berbaloikah aku merindu?
Dalam kesamaran kepastian...

Dia di sana dan aku di sini masih menanti
Menanti satu jawapan... yang tak pasti...
Wahai bayu... tolong sampaikan padanya
Aku di sini masih di sini dan setia menanti...

Andai jawapanya pasti.. akan aku pastikan hati ini tetap untuknya
Andai aku perlu mengundur diri .. akan aku pastikan diri ini berlalu..
Tanpa dia menyedari ... bahawa diri ini sudah pergi....
PadaMu Tuhanku.. aku serahkan diri ini.. tolong bantuku untuk tabahkan diri ini sekali..

Saturday 9 July 2011

Bermula Kembali Langkah Pertama .....

Seperti seorang kanak-kanak
Aku terpaksa memulakan kembali langkahku..
Langkah untuk masa depan yang lebih bahagia dan lebih sirnanya..
Cuba menerima dan mencuba untuk diterima..

Menilai kembali kelebihan dan kekurangan diri
Cuba untuk menyesuaikan diri dengan satu persekitaran baru
Mencuci dan membersihkan benak ini
Dari segala kekusutan yang tidak dapat dirungkaikan..

Dengan sedikit kekuatan.. aku cuba menerima
Dengan harapan hati ini kembali berbunga
Sudah lama ia mati.... mati tanpa kerelaan
Dan ia ingin hidup kembali
Berseri semula disinari sirna mentari.. bukan suria

Bagiku hanya mentari yang mampu menyinarkan kembali diri ini...
Suria... tiada maknanya..walaupun ia mencuba...
Sinarnya telah padam dan tak mungkin akan kembali bersinar...
Padam bagi diri ini... tiada jalan kembali

Monday 4 July 2011

Mungkinkah ia hanya dongeng semata-mata...

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Sememangnya betul seperti bait-bait lirik lagu ini... ia mungkin hanya satu kisah dongeng saja... Mengapa perlu ada satu standard untuk menilai satu ciptaan atau kurniaan Tuhan.. salahkah yang kurang rupa, yang kurang kecantikan.. yang kurang hartanya tetapi kaya budi pekerti, kaya keikhlasan hati, kaya kejujurannya untuk mendambakan sebuah kehidupan yang lebih bahagia.. satu diskriminasi yang sememangnya tidak patut..

Mengapa kekayaan dalaman seseorang tidak diambilkira untuk membina sebuah kehidupan yang lebih bahagia..itulah hukuman yang dunia berikan kepada kita... dilonggokkan segala keindahan dan kecantikan sementara yang bakal menjahanam kita di akhirat kelak... mengikut kehendak dunia.. gajah menjadi merak.. yang hodoh tiba2 jadi bidadari... semuanya demi dunia yang tak pasti bila akan berakhir...

mengapa kita tidak cuba untuk memberi kesempurnaan kepada seseorang dengan melihatnya sebagai seorang yang sempurna?.. apakah nilai kesempurnaan sebenarnya?.. seperti Snow White.. seperti Cinderella? atau seperti Puteri Gunung Ledang? yang kita pasti tak pernah melihat langsung wajah-wajah sebenar mereka.. hanya diceritakan dari dulu kala dan dihidangkan di televisyen..

Saya tinggalkan entri kali dengan persoalan... apakah kesempurnaan sebenarnya??