Thursday 19 May 2011

Apa itu kawan???


Pernah dikhianati kawan?.. Mesti sakitkan hati.. kita anggapkan kawan adalah pendamping paling dekat dengan kita selain ahli keluarga.. malah kadang kadang tu ada sampai dah jadi macam adik beradik...

Apa perasaan anda bila seseorang yang dianggap kawan menjauhi anda disebabkan soal hati... menyayangi orang yang anda sayangi... anda ceritakan semua berkenaan orang kesayangan anda... perasaan anda pada orang tu.. kongsi semuanya tanpa ada rahsia... Tetapi masa dan keadaan merubah segalanya..

Tiba-tiba kawan anda mula menjauhi anda... Tidak bercakap... tidak kisah keadaan anda... makan minum anda pun sudah tidak dipedulikan... Mesti sedihkan....
Kalau dulu .. semua pasal anda diambil peduli, anda sarapan atau tidak .. kawan anda akan tanya... dah makan atau belum .. mesti ditanya...

Salah dia kah menyayangi orang yang anda sayangi?.. Bagi saya soal hati susah untuk dimengerti.. jodoh adalah ketentuan Yang Satu... Andai telah ditakdirkan mereka bersama... Jodoh mereka Dia telah tentukan.. Di pihak kita sebagai KAWAN... doakan sahaja agar mereka bahagia ke akhir hayat... dan dia mungkin bukan KAWAN saya lagi.... Bukan membenci kawan.. cuba terkilan... pengertian maksud kawan disalahertikan...bukan kecewa.. cuma mengapa tidak berterus terang...

Sebagai bukan orang yang terpilih.. saya sedar.. kekurangan diri ini dan dia bukan untukku... tetapi kenapa disembunyikan.... luluh hati ini.... walaupun disembunyikan.. angin tetap bertiup dan berbisik di telinga ini....
Dan saat itu bukan kecewa kerana tidak menjadi pilihan .. tetapi kenapa aku yang menganggap dan dianggap kawan ... dikhianati...



No comments:

Post a Comment