Thursday 19 January 2012

Sudah terluka... susahnya untuk sembuh..

Susah sungguh untuk aku mengharungi kehidupan harian.
Bukan mengeluh tapi cubaan hidup aku amat membebankan...
Setiap hari aku terpaksa untuk menghadapi wajah-wajah yang x mampu untuk aku sayangi..
Setiap hari.. aku terpaksa memujuk hati aku untuk mengharungi kehidupan aku dengan senormal yang mungkin..

Sudah tiada wajah kesayangan hamba yang mampu membuat aku tersenyum
Sudah tiada tawa aku yang mampu merawat jiwa aku yang rawan..
Sudah tiada keseronokan berkawan dalam hidup aku..
Sudah hilang segala rasa prihatin aku..
Sudah berkubur segala-galanya...yang aku impikan..

Aku semakin bimbang...
Aku sudah kehilangan keinginan untuk bersahabat.. kerana dia...
Aku sudah kehilangan keyakinan untuk mencuba menerima..kerana dia
Aku sudah kehilangan rasa ingin dicintai .. kerana dia
Aku sudah kehilangan rasa ingin mencintai .. kerana dia
Aku sudah kehilangan semangat diri .. kerana dia

Kerana dia.. pernah menjadi seorang sahabat ..
Sahabat yang pernah aku sayangi...
Sahabat yang pernah aku kongsikan segalanya...
Sahabat yang aku simpan segala dukanya..

Tapi... dia
Dia telah mengkhianati aku..
Dia telah menghina aku..
Dia telah menjatuhkan maruah aku..
Dia telah mungkir janjinya dengan aku..
Dia telah memalukan aku...
Dia telah membunuh semangat aku..
Dia telah menlenyapkan semua impian aku...

Dan aku...
Terpaksa bermula semula....
Terpaksa bertatih kembali...
Terpaksa bermimpi lagi...
Terpaksa membina semula keyakinan dan semangatku
Terpaksa mengutip semula segala impian aku yg berkecai..
Terpaksa melupakan segala-galanya
Terpaksa merawat segala kesakitan
Terpaksa mengorbankan perasaan.....