Wednesday 13 July 2011

Aku Harus Terima ....

Hati ini ku buka kembali pintunya..
Untuk menerima kehadiran bagi yang sudi..
Untuk cuba menyemai kembali benih pepohon kasih
Agar ia subur dan rendang semula

Aku meminta pada yang sudi memberi
Aku merayu pada yang sudi mendengar
Aku menanti pada yang sedang mencari
Aku merindu pada yang sudi merinduku

Namun ...
Adakah dia sudi memberi apa yang aku pinta
Adakah dia sudi mendengar rayuku
Adakah dia sudi menerimaku
Adakah dia sudi merinduku

Aku telah mula merindu...
Tiada siapa yang tahu rindu yang mencengkam di hati ini
Tapi... berbaloikah aku merindu?
Dalam kesamaran kepastian...

Dia di sana dan aku di sini masih menanti
Menanti satu jawapan... yang tak pasti...
Wahai bayu... tolong sampaikan padanya
Aku di sini masih di sini dan setia menanti...

Andai jawapanya pasti.. akan aku pastikan hati ini tetap untuknya
Andai aku perlu mengundur diri .. akan aku pastikan diri ini berlalu..
Tanpa dia menyedari ... bahawa diri ini sudah pergi....
PadaMu Tuhanku.. aku serahkan diri ini.. tolong bantuku untuk tabahkan diri ini sekali..

No comments:

Post a Comment