Meniti hari di daerah sepi
Aku dambakan kehadiranmu
Namun .. pasti kau tiada di sisi
Keranan takdirmu... engkau telah dimiliki
Wednesday, 31 October 2012
Wednesday, 24 October 2012
Rindu ini .....
Ke mana sahaja aku pergi,
Dia tetap mengekori,
Walau berkali ku jauhi,
Dia kian menghampiri
Sudah berkali ku cuba padamkan
Namun dia tetap setia di situ
Mengalir deras air mata ini
Tatkala terkenangkanmu
Terganggu ketenangan hati ini
Bila mana mengingatimu
Huru hara hidupku ini
Andai mata ini tidak dapat mencarimu
Untuk siapa rindu ini
Sedangkan dia tidak mengerti
Berbaloikah rindu ini
Andai dia tidak mengetahui
Sampai bila harus ku nanti
Untuk dia memahami
Hatiku ini sudah dia miliki...
Dia tetap mengekori,
Walau berkali ku jauhi,
Dia kian menghampiri
Sudah berkali ku cuba padamkan
Namun dia tetap setia di situ
Mengalir deras air mata ini
Tatkala terkenangkanmu
Terganggu ketenangan hati ini
Bila mana mengingatimu
Huru hara hidupku ini
Andai mata ini tidak dapat mencarimu
Untuk siapa rindu ini
Sedangkan dia tidak mengerti
Berbaloikah rindu ini
Andai dia tidak mengetahui
Sampai bila harus ku nanti
Untuk dia memahami
Hatiku ini sudah dia miliki...
Sunday, 23 September 2012
Andai ku mampu tersenyum
Hanya dengan senyuman..
Kita mampu menutup segala kesedihan
Hanya dengan senyuman
Tiada siapa yang mampu meneka
Hanya dengan senyuman
Segala kesedihan hilang
Sungguh aku tak mampu untuk tersenyum
Andai hati ini penuh dengan kesengsaraan
Andai jiwa ini dahagakan ketenangan
Andai rasa ini dalam kesedihan
Alangkah indahnya sebuah senyuman
Andai hati ini penuh bahagia
Andai jiwa ini beroleh ketenangan
Andai rasa ini dalam kegembiraan
Kita mampu menutup segala kesedihan
Hanya dengan senyuman
Tiada siapa yang mampu meneka
Hanya dengan senyuman
Segala kesedihan hilang
Sungguh aku tak mampu untuk tersenyum
Andai hati ini penuh dengan kesengsaraan
Andai jiwa ini dahagakan ketenangan
Andai rasa ini dalam kesedihan
Alangkah indahnya sebuah senyuman
Andai hati ini penuh bahagia
Andai jiwa ini beroleh ketenangan
Andai rasa ini dalam kegembiraan
Thursday, 30 August 2012
Jodoh .... Itu rahsia Dia yang Maha Esa
Jodoh .... tak semua jejaka dan perawan yang mampu merasainya..
Sayu hati ini tatkala melihat pasangang yang sedang melayari kebahagiaan
Berpegangan tangan, bergurau senda ... bertuahnya mereka...
Terdetik dihati ini .. mampukah aku untuk merasai saat-saat yang sebegitu.
Hari-hari semakin berlalu, jam berdetik setiap waktu...semakin suntuk
Menghitung selama mana lagi aku mampu bertahan ...
Kadang kala ku salahkan takdir..kadang kala ku salahkan diri sendiri
Mencari kekurangan diri ini yang belum sempurna...
Atau ini semata ujian untukku dariNya
Mampukah aku mencari jodohku di saat-saat ini
Aku bukan Siti Nurhaliza, mahupun Erra Fazira
Hanya manusia biasa yang tak punya apa-apa
Hanya ada sekeping hati, sebuah keikhlasan dan kejujuran
Untuk dipersembahkan bukannya kecantikan
Kerana kecantikan itu bukan milikku
Mengharapkan satu kebahagiaan yang pasti
Walaupun hanya kesamaran
Mencari dia yang entah di mana
Walaupun yang mendatang kekadang pasti
Namun masih belum ada yang nyata
Pengharapan juga akhirnya..
Thursday, 2 August 2012
Dia .... Yang Pernah Bertakhta
Dia ... insan yang pernah bertakhta di hati ini
Dia ... insan yang pernah mengetuk pintu hati ini
Dia ... insan yang pernah menjadi dambaan hati ini
Dia ... insan yang pernah mengocak ketenangan hati ini
Dia ... insan yang pernah ku pilih
Dia ... insan yang pernah muncul dalam mimpiku
Dia ... insan yang pernah ku hajati
Dia ... insan yang pernah ku nanti setiap hari
Namun segalanya telah berakhir
Dia ... bukan lagi raja di hati ini
Dia ... bukan lagi dambaan hati ini
Dia ... bukan lagi pilihanku
Dia ... bukan lagi ku impi
Dia ... bukan lagi ku hajati
Dia ... bukan lagi ku nanti
Kerana takdir dan waktu bukan untuk aku dan dia....
Dia ... telah dimiliki dan memiliki
Dia ... telah memilih dan dipilih
Dia ... telah bertemu dan ditemui
Dia ... telah berteman dan ditemani
Akan aku jelajahi daratan yang luas,
Akan aku renangi lautan yang lepas,
Akan aku redahi langit yang bebas,
Demi mencari seorang Dia
Untuk ku jadikan teman
Untukku jadikan kawan
Untukku jadikan penghilang rawan
Untukku jadikan penyembuh luka
Walaupun semua itu masih dalam kesamaran....
Dia ... insan yang pernah mengetuk pintu hati ini
Dia ... insan yang pernah menjadi dambaan hati ini
Dia ... insan yang pernah mengocak ketenangan hati ini
Dia ... insan yang pernah ku pilih
Dia ... insan yang pernah muncul dalam mimpiku
Dia ... insan yang pernah ku hajati
Dia ... insan yang pernah ku nanti setiap hari
Namun segalanya telah berakhir
Dia ... bukan lagi raja di hati ini
Dia ... bukan lagi dambaan hati ini
Dia ... bukan lagi pilihanku
Dia ... bukan lagi ku impi
Dia ... bukan lagi ku hajati
Dia ... bukan lagi ku nanti
Kerana takdir dan waktu bukan untuk aku dan dia....
Dia ... telah dimiliki dan memiliki
Dia ... telah memilih dan dipilih
Dia ... telah bertemu dan ditemui
Dia ... telah berteman dan ditemani
Akan aku jelajahi daratan yang luas,
Akan aku renangi lautan yang lepas,
Akan aku redahi langit yang bebas,
Demi mencari seorang Dia
Untuk ku jadikan teman
Untukku jadikan kawan
Untukku jadikan penghilang rawan
Untukku jadikan penyembuh luka
Walaupun semua itu masih dalam kesamaran....
Andai esok masih untukku ..
Dunia seakan terhenti bila perkhabaran itu singgah di cuping telingaku
Itu kisah setahun yang lalu,
Namun kepedihan dek luka yang terhiris masih lagi ku rasai
Bukan semakin kering malah lukanya semakin dalam
Ku cuba untuk sembuhkan
Namun semakin ku cuba, semakin dalam lukanya
Tapi aku harus terus mencuba
Walau apa pun rintangannya
Aku masih cuba mencari ruang di hati ini
Yang masih subur
Untuk ku semai benih kehidupan yang masih bersisa
Walaupun dunia seakan tiada makna buatku
Aku perlu tabah mengharunginya
Cuba untuk mencari sekelumit cahaya kebahagiaan
Cuba untuk menghargai kehidupan yang mendatang
Cuba untuk meraih kembali kembali sekeping hati yang kian hilang
Andai esok masih untukku..aku akan terus mencuba..
Monday, 30 July 2012
Untuk Dambaan Hati
Bulan, bintang dan mentari
Andai itu mampu ku gapai
Akan ku persembahkan padamu
Sebagai tanda cinta hati ini
Andai laut itu bertuankan aku
Akan ku siapkan bahtera buatmu
Membawamu ke mana sahaja
Selagi kau tetap disisiku
Andai langit itu mampu ku jejaki
Akan ku tenun menjadi permaidani
Menjadi hamparan indah khas untukmu
Andai ku mampu.....
Andai itu mampu ku gapai
Akan ku persembahkan padamu
Sebagai tanda cinta hati ini
Andai laut itu bertuankan aku
Akan ku siapkan bahtera buatmu
Membawamu ke mana sahaja
Selagi kau tetap disisiku
Andai langit itu mampu ku jejaki
Akan ku tenun menjadi permaidani
Menjadi hamparan indah khas untukmu
Andai ku mampu.....
Sampai bila.....
Setiap hari yang berlalu ..ku lalui dengan penuh kesungguhan untuk menjadi seorang manusia seperti dulu. Penuh keceriaan.. penuh warna warni dan sarat dengan kasih sayang. Walaupun beribu kali aku rebah, namun ku gagahi demi orang-orang yang ku sayang dan menyayangi aku.
Umpama laut yang kian kering, begitulah aku diibaratkan. Semakin hilang rasa ceria, semakin nipis semangat, semakin hilang rasa prihatin, semakin lemah untuk mengharungi kehidupan. Bagaikan berada di laut yang luas tanpa arah tuju yang pasti.
Bilakah semua ini akan berakhir???. Sampai bila???
Umpama laut yang kian kering, begitulah aku diibaratkan. Semakin hilang rasa ceria, semakin nipis semangat, semakin hilang rasa prihatin, semakin lemah untuk mengharungi kehidupan. Bagaikan berada di laut yang luas tanpa arah tuju yang pasti.
Bilakah semua ini akan berakhir???. Sampai bila???
Thursday, 8 March 2012
Ke Mana Kau Menghilang....
Benar kata orang... semangat susah untuk dipulihkan.. andainya ia hilang...
Aku merasainya..cukup derita untuk mencarinya kembali..cuba mencari di setiap inci diriku di mana ia bersembunyi... nyata sekali sia-sia..
Aku masih mengharungi kehidupan ini dengan perasaan yang 'kebas' tanpa perasaan yang nyata... ada ketikanya.. bergenang air di tubir mataku.. ada waktunya ..aku mampu tersenyum dan tawa.. dan ada masanya aku tak pasti dengan rasa hati ini...
Aku cuba mencari semangat itu pada orang lain di sekelilingku.. namun aku kecewa.. aku cuba mencuri semangat itu dari orang lain... gagal juga... aku masih menanti bila semangatku ini akan kembali...
Adakah sesiapa yang sudi mengembalikan semangat aku yang hilang ini?...
Aku merayu ..kembalikanlah semangatku itu...walaupun sedetik... agar aku mampu memulihkannya semula...kembali mewarnai kehidupanku yang semakin kelabu... kembali mengukirkan senyuman dibibirku..kembali mengubati hatiku yang semakin tenat... dan kembalikan diriku yang hampir hilang...
Aku merasainya..cukup derita untuk mencarinya kembali..cuba mencari di setiap inci diriku di mana ia bersembunyi... nyata sekali sia-sia..
Aku masih mengharungi kehidupan ini dengan perasaan yang 'kebas' tanpa perasaan yang nyata... ada ketikanya.. bergenang air di tubir mataku.. ada waktunya ..aku mampu tersenyum dan tawa.. dan ada masanya aku tak pasti dengan rasa hati ini...
Aku cuba mencari semangat itu pada orang lain di sekelilingku.. namun aku kecewa.. aku cuba mencuri semangat itu dari orang lain... gagal juga... aku masih menanti bila semangatku ini akan kembali...
Adakah sesiapa yang sudi mengembalikan semangat aku yang hilang ini?...
Aku merayu ..kembalikanlah semangatku itu...walaupun sedetik... agar aku mampu memulihkannya semula...kembali mewarnai kehidupanku yang semakin kelabu... kembali mengukirkan senyuman dibibirku..kembali mengubati hatiku yang semakin tenat... dan kembalikan diriku yang hampir hilang...
Thursday, 19 January 2012
Sudah terluka... susahnya untuk sembuh..
Susah sungguh untuk aku mengharungi kehidupan harian.
Bukan mengeluh tapi cubaan hidup aku amat membebankan...
Setiap hari aku terpaksa untuk menghadapi wajah-wajah yang x mampu untuk aku sayangi..
Setiap hari.. aku terpaksa memujuk hati aku untuk mengharungi kehidupan aku dengan senormal yang mungkin..
Sudah tiada wajah kesayangan hamba yang mampu membuat aku tersenyum
Sudah tiada tawa aku yang mampu merawat jiwa aku yang rawan..
Sudah tiada keseronokan berkawan dalam hidup aku..
Sudah hilang segala rasa prihatin aku..
Sudah berkubur segala-galanya...yang aku impikan..
Aku semakin bimbang...
Aku sudah kehilangan keinginan untuk bersahabat.. kerana dia...
Aku sudah kehilangan keyakinan untuk mencuba menerima..kerana dia
Aku sudah kehilangan rasa ingin dicintai .. kerana dia
Aku sudah kehilangan rasa ingin mencintai .. kerana dia
Aku sudah kehilangan semangat diri .. kerana dia
Kerana dia.. pernah menjadi seorang sahabat ..
Sahabat yang pernah aku sayangi...
Sahabat yang pernah aku kongsikan segalanya...
Sahabat yang aku simpan segala dukanya..
Tapi... dia
Dia telah mengkhianati aku..
Dia telah menghina aku..
Dia telah menjatuhkan maruah aku..
Dia telah mungkir janjinya dengan aku..
Dia telah memalukan aku...
Dia telah membunuh semangat aku..
Dia telah menlenyapkan semua impian aku...
Dan aku...
Terpaksa bermula semula....
Terpaksa bertatih kembali...
Terpaksa bermimpi lagi...
Terpaksa membina semula keyakinan dan semangatku
Terpaksa mengutip semula segala impian aku yg berkecai..
Terpaksa melupakan segala-galanya
Terpaksa merawat segala kesakitan
Terpaksa mengorbankan perasaan.....
Subscribe to:
Posts (Atom)